Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perkara itu telah dipersetujui kabinet dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini selepas mengambil kira trend harga sebenar pasaran produk petroleum yang semakin meningkat, lapor Kosmo Online.
"Ini bermakna harga runcit RON95 akan dihadkan kepada RM2.08 seliter walaupun harga minyak dunia naik lebih daripada itu. 

"Sekiranya harga minyak dunia berada di bawah paras tersebut, harga mingguan petrol RON95 akan berada di bawah paras RM2.08," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Guan Eng berkata, pengurangan paras harga runcit bagi produk petrol RON95 ini adalah selaras dengan komitmen kerajaan Pakatan Harapan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Sementara itu, harga runcit RON95, RON97 dan diesel berdasarkan pengiraan Mekanisme Harga Automatik (APM) akan terus diumumkan secara mingguan.