Foto oleh Ahmad Zamzahuri
KOTA KINABALU — Kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke negeri Sabah
hanya akan memecahbelahkan sokongan rakyat negeri terhadap kerajaan yang
diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) ketika iini, kata Ketua Wira Warisan
Kimanis Abdul Kadir Jalani.
Loading...
Beliau berkata kemenangan Warisan pada pilihanraya umum
ke-14 lepas menjadi bukti rakyat dahagakan pemimpin yang akan mengangkat
bumiputera Sabah dan menyuarakan hak negeri kepada kerajaan persekutuan, sekali
gus membantu memajukan negeri.
“Oleh itu tindakan Angota Dewan Undangan Negeri (Adun)
Sulaman, Datuk Hajiji Noor yang mahu PPBM melebarkan sayap ke Sabah adalah
bersifat pentingkan diri dan hipokrit seolah-olah tidak boleh menerima
kenyataan yang rakyat menolak Umno ke negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan
di sini hari ini.
Sebelum ini, Hajiji yang juga bekas Pengerusi Badan
Perhubungan Umno Sabah, menegaskan Bersatu akan melebarkan sayap ke Sabah tidak
lama lagi.
Abdul Kadir berkata sepatutnya bekas pemimpin terdahulu
khususnya dari Umno perlu memikirkan halatuju baharu dalam menakluk dan
memenangi hati rakyat di Sabah, dan bukan membawa masuk Bersatu yang
sememangnya telah memeterai perjanjian dengan Warisan untuk tidak melebarkan
sayap ke Sabah atas dasar dan matlamat yang sama. — Bernama


