Dua peguam Perancis yang mewakili NGO Suaram bagi memfailkan
tindakan undang-undang di negara itu mengenai pembelian dua kapal selam
Scorpene oleh kerajaan Malaysia sedang berada di Kuala Lumpur dari 10 ke 1
Februari ini.
Salah seorang peguam itu, William Bourdon yang pernah
dilarang masuk ke negara oleh pentadbiran BN sebelum ini pada 2011 dibenarkan
melepasi imigresen lapangan terbang Malaysia semalam.
Loading...
Bourdon ditemani rakan sejawatnya peguam Apoline Cagnat.
Mereka disambut Pengarah NGO Center to Combat Corruption and
Cronyism (C4) Cynthia Gabriel dan Pengarah Eksekutif Suaram, Seven Doraisamy, lapor Malaysiakini.
Menurut Gabriel, para peguam tersebut berada di sini untuk
bertemu Peguam Negara Tommy Thomas mengenai urus niaga kapal selam Scorpene
yang kontroversi itu.
Dua pegawai tinggi Malaysia didakwa menerima suapan
berjumlah ratusan juta ringgi daripada syarikat pembuat kapal DCNS and Thales.
Gabriel berkata pasukan peguam itu akan mengadakan sidang
akhbar selepas mesyuarat di Putrajaya besok.
"Kami berharap dapat merangka pelan tindakan konkrit
untuk meneruskan perkara ini. Kami telah menunggu selama tujuh tahun untuk
membicarakan para pegawai korup yang terlibat dengan skandal itu.
"Saya yakin, pihak berkuasa di Malaysia Baru ini akan
melakukan tindakan yang betul," kata Gabriel kepada Malaysiakini.


