PADANG TERAP, 31 Mac — Semua pihak harus memberikan ruang
kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk menyelesaikan beberapa
cadangan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) sebelum mendedahkan laporan itu kepada
umum.
Loading...
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun
pada prinsipnya Pakatan Harapan (PH) mahu laporan CEP itu didedahkan namun ada
beberapa cadangan yang mana boleh dilaksanakan itu perlu dikenal pasti supaya
dapat dijelaskan kepada rakyat.
Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata demikian kepada
pemberita selepas majlis sesi dialog bersama penoreh getah daerah daerah Padang
Terap di Pengkalan Tok Mas, dekat sini, hari ini.
Hadir sama Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah,
Datuk Johari Abdul.
Anwar mengulas laporan media semalam yang memetik kenyataan
Dr Mahathir memaklumkan kerajaan tidak boleh mendedahkan laporan 100 hari CEP
kepada umum kerana ada beberapa perkara di dalamnya yang masih di peringkat
rundingan. — Bernama


