Datuk Seri Najib Razak menyokong sepenuhnya jika
perbicaraanya berkenaan kes penyelewengan dana RM42 juta dibuat secara
langsung.
“Saya akan menyokong siaran langsung kerana ia akan membantu
ketelusan dan memastikan ‘rule of law’ dipatuhi,” tulisnya di Facebook, lapor Projek MM.
Loading...
“Rakyat mempunyai hak untuk tahu kebenaran.”
Bekas perdana menteri berdepan tujuh tuduhan berhubung
penyalahgunaan wang SRC International Sdn Bhd yang dilakukan antara Ogos 2011
dan Mac 2015.
Mahkamah Tinggi menetapkan perbicaraan petang Rabu ini
setelah Mahkamah Persekutuan minggu lalu mengenepikan permohonan Najib
menanguhkan kes.


