PAS mendakwa foto nombor akaun untuk cek RM1.4 juta palsu
manakala peguam editor Sarawak Report mengesahkan angka berkenaan milik anak
guamnya Clare Rewcastle Brown.
Namun, Americk Sidhu, penama dalam cek, enggan mendedahkan
pemegang akaun yang menulis cek itu tetapi beliau menjelaskan cek tersebut
ditulis di depannya.
Loading...
“Saya boleh sahkan cek ini sudah dijelaskan melalui akuan
Maybank anak guam saya, yang bermakna cek ini asli atau bank yang luluskan itu
buat kesilapan besar,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Menafikan dakwaan gambar cek dan nombor akaun yang didakwa
bayaran yang dibuat PAS, Nasrudin Hassan pula mendakwa ada yang cuba memindahkan
wang ke akaun tersebut sebelum mendapati ia tidak wujud.
“Kelmarin ditularkan gambar cek dan nombor akaun untuk
memfitnah PAS dengan lagu baru RM1.4 juta,” kata ketua penerangan PAS di
Facebook hari ini
“Ada kawan-kawan semak nombor akaun yang ditular itu dengan
cuba transfer (pindahkan) duit RM5 dan RM1, ternyata akaun itu tidak wujud.”
Hari ini Clare mengesahkan presiden PAS Datuk Seri Abdul
Hadi Awang membayar RM1.4 juta kepadanya untuk menarik semula saman fitnahnya.
Turut melampir beberapa gambar dokumen bagi mengesahkan
jumlah itu, beliau berkata bayaran tersebut adalah penyelesaian kedua-dua pihak
untuk tidak membuka mulut.
Clare keluar dari kerahsiaan kerana pemimpin PAS melanggar
perjanjian dengan pelbagai kenyataan termasuk menafi kewujudan perkara itu
walau mereka tidak patut membuat ulasan. - Malay Mail


