Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Adam mengoyak kain rentang
yang memaparkan wajah isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor.
Terdahulu, kekecohan berlaku di pusat pengundian Sesapan
Batu Rembau di antara penyokong BN dan PH ekoran kemunculan kain rentang itu.
Loading...
Kain rentang itu turut disertakan dengan slogan 'malu apa
bossku' yang dipopularkan suami Rosmah, Najib Razak, selain ayat yang dilihat
berbaur provokasi: "Siapa boss? Aku lah boss.. Ingat Najib ke?"
Ketika wartawan tiba di kawasan berhampiran, berlaku
pergaduhan kecil namun berjaya ditenangkan, lapor Malaysiakini lagi.
Selepas beberapa ketika, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) tiba untuk menurunkan kain rentang itu, namun dihalang penyokong PH.
Difahamkan, petugas SPR membuat keputusan tidak menurunkan
kain rentang itu atas faktor keselamatan, namun akan akan membuat laporan polis
berhubung kejadian berkenaan.
Tidak lama kemudian, Lokman tiba dan terus mengoyak kain
rentang itu. Keadaan sedikit tegang, namun terkawal.
Selain larangan merayu undi pada hari pengundian, Akta
Kesalahan Pilihan Raya 1954 turut melarang mana-mana pihak bagi mana-mana calon
atau parti politik untuk berkempen menentang mana-mana calon atau parti politik
dengan sebarang cara.



