Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan cuba untuk tidak
membenarkan negara ini terjerumus dalam masalah buruk, hilang maruah,
kedaulatan dan arah tujuan selagi masih hidup.
Perdana Menteri berkata beliau sedar tentang cabaran
didepani yang seolah-olah tidak dapat diatasi pada masa tertentu.
"Selagi saya hidup, saya akan cuba untuk tidak
membenarkan negara ini jatuh, tercalar maruah dan hilang arah tujuan.
Loading...
“Kita telah berjaya mengatasi cabaran dan rintangan pada
masa lalu dan kita berharap dapat mengatasinya pada masa akan datang,
insya-Allah," katanya dalam ucapan pada Malam Anugerah dan Majlis Makan
Malam Gala Persatuan Pertubuhan Pengurusan Asia (AAMO) ke-20 di Kuala Lumpur,
malam tadi
Dr Mahathir turut berkongsi pengalaman menerajui negara yang
beliau menekankan untuk mencari alasan dan tujuan bersama.
Justeru, beliau sangat menekankan tentang perlunya mempunyai
alasan dan tujuan bersama yang akan menjadi titik permulaan ke arah mencapai
perpaduan dalam kepelbagaian.
"Sejak saya menjadi Perdana Menteri pada kali pertama,
saya sering ditanya tentang rahsia saya kerana mampu mengurus negara yang
begitu pelbagai sehingga hampir setiap segmen mempunyai pelbagai permintaan dan
keutamaan yang berbeza.
"Tidak ada rahsia selain konsep paling asas dan logik
ketika kita berhadapan dengan kumpulan orang yang pelbagai. Sebaik kita dapat
mencapai alasan dan tujuan bersama, kita boleh membina mereka," katanya
yang diberi penghormatan untuk menerima Anugerah Pembina Negara dan pemimpin
Berwawasan AAMO atas sumbangan beliau kepada negara dan juga di peringkat
antarabangsa.
Dr Mahathir berkata pentingnya kepercayaan yang tulus untuk
kebaikan rakyat dan negara serta berpegang kepada prinsip memikul tanggungjawab
untuk mempertahankan negara dan kedaulatan.
"Membantu rakyat kita sendiri untuk bersatu dan sepakat
untuk membangun dan membina negara adalah tanggungjawab kita dan kita juga akan
mendapat faedah hidup di negara yang berjaya," kata perdana menteri yang
telah berusia 93 tahun itu.
Dr Mahathir berkata beliau dahulu adalah seorang doktor dan
menghabiskan masa selama beberapa tahun mengamalkan profesion perubatan yang
membolehkannya beberapa pengalaman profesionnya dimanfaatkan untuk pengurusan
negara.
"Dalam banyak cara, pengurusan sebuah negara memerlukan
proses yang sama seperti doktor, dan di mana dan apabila perlu, pemimpin perlu
membuat keputusan yang drastik dan tegas untuk menyelamatkan negara,"
katanya.
Beliau juga berkata Malaysia sebagai sebuah negara sudah
melalui pelbagai rintangan sejak mencapai kemerdekaannya dan beliau telah
menyaksikan bagaimana ia melalui perjuangan untuk membina tapak dan menjadi
sebuah negara yang mempunyai keazaman dan keyakinan. - Bernama


