Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

SPRM beku akaun sejak k'jaan PH ambil alih, Upko gagal pulang wang diberi Najib


Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) berhasrat memulangkan RM1 juta diberi Datuk Seri Najib Razak.

Presidennya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata bagaimanapun ia tidak dapat dilakukan kerana akaun parti sudah dibekukan.

Loading...
“Akaun Upko dibekukan sejak kerajaan baharu mengambil alih,” katanya kepada pemberita hari ini.

Timbalan ketua menteri Sabah berkata Najib memberikan wang berkenaan pada 2015 untuk program Jalinan Kasih.

Katanya, program itu bagaimanapun tidak dijalankan kerana wang yang diberikan tidak mencukupi.

“Jika kita ikut cara Umno buat program, jumlah itu tidak cukup. Kami tidak membelanjakan wang itu. Wang itu masih ada dalam akaun simpanan tetap.

“Saya sudah maklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, saya boleh menulis cek untuk memulangkannya.

“Tetapi Upko perlu akaunnya diaktifkan semula,” katanya. - Projek MM
Loading...
loading...