Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendedahkan rundingan
semula perjanjian projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ditangani tanpa
sebarang syarat supaya China menyerahkan ahli perniagaan dalam buruan kerajaan
Jho Low.
"Ini tiada kena mengena dengan Jho Low. Tetapi sudah
tentu kita minta bantuan kerajaan China (berhubung Jho Low), " katanya
pada sidang akhbar di Putrajaya pagi tadi, lapor Malaysiakini.
Loading...
Bagaimanapun, Mahathir berkata Putrajaya mengambil
kesempatan daripada perjanjian tersebut untuk menekan Beijing supaya mengimport
lebih banyak minyak sawit dari Malaysia.
Pada 12 April lalu, adalah dilaporkan bahawa projek
berkenaan akan disambung semula susulan permeteraian perjanjian tambahan antara
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company
Ltd (CCCC).
Walau bagaimanapun, kos pembinaan Fasa 1 dan Fasa 2 telah
dikurangkan kepada RM44 bilion, iaitu RM21.5 bilion kurang daripada kos asal
RM65.5 bilion.
Terdahulu, adalah dilaporkan bahawa Jho Low, yang menjadi
buruan berhubung dengan skandal 1MDB dikatakan bebas bergerak di China.
Ahli perniagaan dari Pulau Pinang itu telah didakwa tanpa
kehadirannya di mahkamah di negara ini berhubung skandal 1MDDB.


