Di tengah-tengah usaha kerajaan mendapatkan semula RM1.69
bilion cukai pendapatan yang masih belum dibayar bekas perdana menteri Najib
Razak, anaknya Mohd Nazifuddin dihadapkan dengan saman tuntutan cukai berjumlah
RM37.6 juta.
Saman terhadap ahli perniagaan berusia 36 tahun itu
difailkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi pihak kerajaan di
Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Julai lalu, lapor Malaysiakini.
Loading...
Nazifuddin didakwa gaga membayar cukai tambahan bagi tahun
2011, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017, yang masing-masing berjumlah
RM1,541,850.83, RM5,718,486.42, RM5,437,086.08, RM3,775,133.23, RM1,796,494.18,
RM2,271,812.79, dan RM12,052,046.26.
Beliau dikenakan denda 10 peratus daripada jumlah
keseluruhan kerana didakwa gagal membuat bayaran dalam masa 30 hari selepas
menerima notis pentaksiran di pejabat LHDN di Kuala Lumpur pada 18 Mac.
Beliau juga dikenakan tambahan 5 peratus lagi kerana gagal
membuat bayaran dalam masa 60 hari, menjadikan jumlahnya RM37,644,810.73.
Kerajaan juga meminta lima peratus faedah tahunan daripada
jumlah tersebut, bermula daripada tarikh penghakiman kepada tarikh
penyelesaian, serta kos dan ganti rugi lain yang dirasakan sesuai oleh
mahkamah.
Menurut laman sesawang Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah
Persekutuan, pengurusan kes e-Penilaian di depan timbalan pendaftar Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur Normaizan Rahim berkenaan kes itu dibuat pagi ini.
Melalui e-Penilaian, pihak yang terlibat tidak perlu hadir
ke mahkamah dan pengurusan kes dibuat melalui telesidang. Nazifuddin diwakili firma
guaman Messrs Shafee & Co


