Empat Exco bukan Islam kerajaan Selangor hari ini menghadap
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini
kira-kira pukul 11 pagi.
Empat exco berkenaan adalah Datuk Teng Chang Khim, V.
Ganabatirau, Hee Loy Sian dan Ng Sze Han.
Loading...
Terdahulu, Ganabatirau yang ditemui di kawasan Bangunan
Setiausaha Kerajaan Negeri enggan mengulas lanjut mengenai tujuan mereka
menghadap Sultan Sharafuddin hari ini.
Iklan
Kata beliau, kenyataan media rasmi mengenainya akan dikeluarkan
dalam masa terdekat.
Difahamkan, keempat-empat exco berkenaan memohon untuk
menghadap Sultan Sharafuddin pada 25 Julai lepas untuk membincangkan beberapa
isu dipercayai berhubung usul pindaan enakmen negeri berkaitan penukaran agama
bagi anak di bawah umur.
Usul tersebut dipercayai tidak dapat dibentangkan pada
persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini selepas ditangguhkan Speaker
dewan, Ng Suee Lim sejurus dua hari bersidang. - Bernama


