Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Mata Najib dijangkiti kuman, perbicaraan ditangguh


Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan ketua peguam bela Najib, Muhammad Shafee Abdullah, untuk menangguhkan perbicaraan hari ini ke Isnin depan.

Hal itu kerana, tertuduh, mengalami konjunktivitis pada kedua-dua belah matanya.
Loading...

Menurut Shafee, Najib merujuk masalah itu kepada seorang doktor pakar mata pagi ini dan kemudian diberikan cuti sakit selama tiga hari.

Menurut peguam, satu salinan surat cuti sakit dan gambar mata Najib juga diterima pagi ini dan ditunjukkan kepada pihak pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram, kemudian mengesahkan kepada mahkamah pihaknya menerima salinan berkenaan.

Pihak pendakwaan, katanya, juga tidak membantah permohonan peguam bela berdasarkan keadaan Najib.

"Saya ditunjukkan gambar berkenaan dan mengesahkan ia agak teruk.

"Disebabkan keadaan tertuduh, pihak pendakwaan menyokong permohonan pembelaan agar perbicaraan ditangguhkan.

"Disebabkan ia adalah konjunktivitis, (kalau tidak ditangguhkan) kita semua mungkin dijangkiti," katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Loading...
loading...