Datuk A Kadir Jasin menjelaskan tiada masa yang ditetapkan
bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan perdana menteri.
Penasihat media dan komunikasi perdana menteri berkata
Pakatan Harapan (PH) sememangnya tidak meletakkan tarikh akhir Tun Dr Mahathir
Mohamad sebagai ketua kerajaan, lapor Bernama.
Loading...
“Ada lima janji yang dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin PH
iaitu Tun M jadi pengerusi PH, Tun M untuk memimpin PH pada Pilihanraya Umum
ke-14 yang lalu, seterusnya Tun M menjadi Perdana Menteri, memohon keampunan
untuk Anwar dan seterusnya menyerahkan jawatan kepada Anwar.
“Namun, persetujuan itu dalam mana-mana dokumen pun tidak
dinyatakan tarikh.
“Tahun 2020 ke, 2030 ke atau 2050 pun tak dinyatakan bilakah
tarikhnya,” katanya.
Anwar sebelum ini menegaskan akan membantu melicinkan proses
untuk mengembalikan hak Sabah dan Sarawak selepas menjadi perdana menteri.
Presiden PKR berkata kerajaan yang dipimpin Dr Mahathir pada
hari ini memainkan peranan yang sebaiknya dalam rundingan berkenaan. - Projek MM



