Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat
mempersoal tempoh pemilikan kuasa veto oleh negara-negara kuasa besar di dunia
ini.
Mengkritik lima kuasa besar itu di pentas Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dr Mahathir turut membidas kuasa besar dunia yang
dianggap sebagai ‘pembunuh’ kepada fungsi sebenar PBB.
Loading...
Lima negara tersebut melibatkan Perancis, China, Britain,
Amerika Syarikat dan Rusia, yang merupakan negara yang mengakui kemenangan pada
Perang Dunia Kedua, lapor Astro Awani.
“Atas dasar kemenangan itu, mereka menegaskan, menjadi hak
mereka untuk memerintah dunia.
"Oleh itu, mereka memberi kuasa veto kepada diri
sendiri berbanding negara lain seluruh dunia menerusi organisasi yang mereka
bina (PBB) -- sebuah organisasi yang mereka dakwa akan menamatkan peperangan
selain penyelesaian konflik.
“Kuasa veto - mereka (negara kuasa veto) mesti tahu bahawa
ia telah menentang semua prinsip hak asasi manusia yang mereka sendiri dakwa
mereka yang menjuarainya.
“Ia ‘membunuh’ tujuan organisasi besar yang mereka buat.
Malah, ia menyebabkan penyelesaian kepada semua konflik boleh ditolak oleh
salah seorang daripada mereka.
loading...
"Sekali gus mewujudkan ideologi dalam kalangan
puak-puak yang kecewa dengan usaha untuk menyelesaikan masalah,” katanya ketika
debat umum di ibu pejabat PBB pada Jumaat.
Jelasnya, tindakan memveto keputusan PBB jelas menafikan
kehendak hampir 200 anggota yang lain, sekali gus menunjukkan sikap tidak
demokratik kumpulan lima negara anggota itu.
“Ia secara jelas dan mutlak adalah tidak demokratik.
Bagaimanapun, ada di antara mereka yang mengkritik negara-negara lain di dunia
ini kerana tidak demokratik atau tidak cukup demokratik.
“Berapa lama lagi untuk untuk kumpulan ini dibenarkan guna
kuasa ini? Berapa lama, selamanya? Tempoh masa yang tidak dinyatakan ini
seolah-olah akan kekal selama-lamanya,” jelasnya.
Beliau pada masa sama melihat, dengan wujudnya kumpulan
negara veto ini, ia telah menyebabkan berlakunya persaingan pengukuhkan aset
ketenteraan lantaran gentar hak kuasa besar mereka itu terhapus.