Foto FMT
Tindakan menafikan hak Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang
jawatan Perdana Menteri akan membunuh Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan
Raya Umum ke 15 (PRU15) akan datang.
Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Syed Husin Syed
Ali berkata, penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dalam masa tiga
tahun atau sebelum PRU15 akan menyebabkan Anwar tidak bersedia untuk menghadapi
PRU.
Loading...
Ini kerana, Presiden Parti Keadilan Rakyat itu memerlukan
sekurang-kurangnya dua tahun untuk membuat persediaan.
“Kalau PRU15 baru serah (jawatan PM kepada Anwar) itu nak
membunuh parti dan PH, tak ada masa untuk Anwar berkempen, dia mesti bersedia
sekurang-kurangnya dua tahun untuk mengatur pelbagai rancangan dan kempen,”
katanya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menjadi
moderator Majlis Memperingati 50 tahun Dr. Burhanuddin Al-Helmy di Auditorium
Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya.
Anwar dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad
Sabu dijadualkan menjadi ahli panel program itu namun tidak dapat hadir.
Ahli Parlimen Port Dickson itu ketika ini menemani
isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri
menziarahi Istana Kelantan berikutan kemangkatan Sultan Kelantan, Sultan Ismail
Petra, hari ini.
Manakala Mohamad Sabu kini berada di luar negara atas urusan
rasmi.
Dr Syed turut berkata, beliau tidak boleh berpegang kepada
cakap-cakap Dr Mahathir berhubung penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada
Anwar dalam tempoh yang dijanjikan.
“10 kali dia cakap, 10 kali dia punya jawapan,” tambahnya.
loading...
“Mahathir ini dia cakap begini sekali, sekali begitu. Saya
memang tak boleh pegang cakap dia. Kadang-kadang dia buat keputusan bersama
dengan pimpinan tetapi dia akan buat benda lain, nanti dia kata dia lupa.
“Bukan Melayu sahaja lupa, Mahathir pun selalu lupa,”
katanya lagi.
Dr Syed Husin merujuk kepada kenyataan yang dibuat Dr
Mahathir pada sesi dialog anjuran Majlis Hubungan Luar di New York, kelmarin
bahawa beliau akan melepaskan jawatan Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum
(PRU) akan datang.
Dr Mahathir sebelum ini menyatakan bahawa beliau akan
berundur selepas dua tahun memegang jawatan Perdana Menteri.
Syed Husin menambah, walaupun Dr Mahathir dan Anwar sudah
mencapai kesefahaman berhubung penyerahan jawatan itu namun perlu menunggu sama
ada kesefahaman itu dipegang atau dilaksanakan oleh Pengerusi PH nanti.
“Mungkin awal, mungkin kemudian dan apa pun boleh berlaku.
Bukan sahaja sikap Mahathir akan menentukan, tetapi sikap dia (Mahathir) nanti
boleh menentukan sikap umum terhadap dia. Selain daripada Allah menentukan,”
tambah beliau.
Pada Jun lalu, dalam wawancara bersama wartawan CNBC, Tanvir
Gill di Bangkok, Thailand, Dr Mahathir sekali lagi menegaskan pendirian bahawa
beliau akan menyerahkan jawatannya kepada Anwar dalam tempoh tiga tahun. –
MalaysiaGazette