Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Permaisuri Agong suka hidup sederhana


Permaisuri Agung tidak gemar disambut dalam keraian besar sebaliknya beliau lebih mengutamakan kesederhanaan.

Walaupun ayahanda baginda tegas, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkata semua adik beradiknya hidup seperti rakyat biasa, lapor The Star.

Loading...
“Ayah saya tegas dengan kami. Kami dibesarkan dengan didikan biasa,” kata baginda, saudara perempuan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar.

Gaya hidup merendah diri baginda bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mula menarik perhatian umum.

Ia bermula dengan foto mereka minum di gerai kecil disusuli kesudian bagindamembantu mangsa kemalangan serta beratur menunggu pesanan di KFC.

Tunku Azizah berkata cara sederhana itulah yang cuba diamalkan sejak mereka berkahwin 33 tahun lalu hingga kini.

“Apa yang kamu saksikan itulah yang kami buat di Pahang,” kata Tunku Azizah yang mengakui bertuah kerana suaminya tidak suka protokol dan larangan lain. - Projek MM

Loading...
loading...