Foto NST
Polis akan memanggil semula ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk
Lokman Noor Adam esok bagi memberi keterangan berhubung klip video seks sejenis
yang didakwa membabitkan seorang menteri.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir
Mohamed berkata kertas siasatan berhubung kes tersebut sudah dirujuk kepada
Jabatan Peguam Negara dan beberapa arahan lanjut telah diterima.
Loading...
“Polis juga menerima satu laporan analisis video oleh Verden
Forensics United Kingdom daripada Lokman dan telah dihantar ke Cybersecurity
Malaysia untuk diteliti.
“Lokman akan dipanggil semula untuk rakam percakapan lanjut
pada 3 Sept 2019 (esok),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377B
Kanun Keseksaan, Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi
dan Multimedia (AKMM) 1998.
Jun lalu, Lokman dipanggil ke Bukit Aman berhubung kes video
lucah membabitkan seorang lelaki yang didakwa mirip seorang menteri, selepas
dia membuat laporan polis ke atas orang yang menyebarkan video lucah dan
melakukan aksi lucah. — Bernama


