Foto Astro Awani
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) adalah bodoh membayar US$1 bilion untuk memperoleh 40
peratus pegangan ekuiti dalam usahasama (JV) 1MDB dan Petro Saudi Holdings
(Cayman) Ltd manakala PetroSaudi International Ltd (PSI) hanya menyuntik US$108
juta untuk mendapatkan 60 peratus syer.
PSI Cayman adalah anak syarikat PSI.
Loading...
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral
Ibrahim Halmi berkata nilai aset yang bertujuan untuk mengimbangi nilai JV
didedahkan dalam laporan penilaian oleh ahli ekonomi tenaga Amerika, laporan
penilaian Edward L. Morse serta pendapat undang-undang daripada pasukan
perundangan 1MDB pasukan, Brian Chia dari Wong & Partners yang dibentangkan
pada mesyuarat lembaga 1MDB pada 10 Oktober 2009.
Aset minyak dan gas yang dikatakan milik PSI terletak di
Argentina dan Turkmenistan, dinilai oleh firma Morse pada harga US$3.625
bilion.
Ketika ditanya oleh peguam utama yang mewakili Najib iaitu
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Shahrol Azral berkata beliau menandatangani
surat perjanjian berhubung JV bagi pihak 1MDB tetapi tidak ingat siapakah yang
menandatangani bagi pihak PSI.
Muhammad Shafee: Penanda aras aset Argentina adalah pada
US$108,109,651. Adakah anda ingat nilai untuk aset Turkmenistan
loading...
Shahrol Azral: US$3.518 bilion.
Muhammad Shafee: Jadi US$3.5 bilion, nilai aset di Argentina
hanya US$108 juta.
Shahrol Azral: Ya.
Muhammad Shafee: Anda tahu aset Turkmenistan kemudian
terbukti bukan milik PSI
Shahrol Azral: Saya tidak ingat.
Muhammad Shafee kemudian merujuk satu laporan media kepada
saksi tersebut yang menyatakan bahawa aset di Turkmenistan dimiliki oleh Buried
Hill Energy (Cyprus) Co Ltd.
Menurut beliau, penerbitan itu telah memperoleh hak untuk
semua dokumen yang dicuri daripada syarikat (PSI) oleh bekas eksekutif PSI
Xavier Andre Justo sebelum dia melarikan diri ke Bangkok, Thailand.
Muhammad Shafee: Anda setuju dengan saya, jika aset
Turkmenistan, bukan aset PSI, 1MDB perlu menyuntik hanya US$108 juta untuk
memadankannya dengan aset Argentina.
Shahrol Azral: Betul.
Muhammad Shafee: Menarik, kerana kita kelihatan seperti
orang bodoh. 1MDB kelihatan bodoh. 1MDB, seperti orang bodoh, menyuntik US$1
bilion untuk 40 peratus. Mereka (PSI) hanya memasukkan US$108 juta dan memperoleh
60 peratus.
Shahrlol Azral: Betul.
Terdahulu, Shahrol Azral bersetuju dengan cadangan oleh
peguam bahawa dia tidak memaklumkan kepada lembaga pengarah 1MDB apabila
mengetahui tentang pemilikan sebenar aset PSI Turkmenistan itu.
Muhammad Shafee: Pada suatu ketika, lama dahulu, anda
mendapati bahawa ia bukan aset mereka.
Shahrol Azral: Bukan lama dahulu, ia pada tahun 2015 ...
Saya masih berada dalam Lembaga itu.
Muhammad Shafee: Apabila anda mengetahuinya, adakah anda
membawa perkara itu kepada lembaga
Shahrol Azral: Tidak
Shahrol Azral menambah, lembaga itu yang dipengerusikan oleh
Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin pada masa itu langsung tidak dimaklumkan tentang
maklumat penting itu.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunaan
kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dari dana 1MDB dan
21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah
bersambung pada Selasa. - Bernama


