Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran
kepada Peguam Negara Tommy Thomas untuk memulakan prosiding menghina mahkamah
ke atas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam.
Loading...
Ini berhubung dua ugutan yang dibuat oleh pemimpin Umno itu
terhadap Amhari Efendi Nazaruddin, seorang bekas pegawai khas bekas perdana
menteri Najib Razak.
Hakim, Collin Lawrence Sequerah, mengeluarkan perintah
berkenaan dalam prosiding terbuka di mahkamah pagi ini.
loading...
Responden Lokman tidak hadir kerana ini adalah permohonan
ex-parte oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) yang bertindak bagi pihak Thomas, di
mana hanya pihak pemohon hadir semasa prosiding. - Malaysiakini


