Kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan kembali sistem
cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebaliknya akan memperbaiki cukai jualan
dan perkhidmatan (SST) yang sedang dilaksanakan ketika ini.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana
GST jelas telah ditolak oleh rakyat.
Loading...
" (Ketika) GST diperkenalkan dahulu, kita dengar banyak
rintihan daripada rakyat. Mereka bayar cukai dua kali.
"Sebab itu kita berpendapat, kita perlu balik
(kenalkan) SST dan ini sedang berjalan, di samping kita perlu baiki pelaksanaan
cukai baharu ini (SST).
"(Jadi) tidak ada sebabnya kita akan kembali kepada
cukai (GST) yang ditolak rakyat dahulu," katanya.
loading...
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ma'mun Sulaiman
(Warisan - Kalabakan) berkenaan hala tuju kerajaan berkenaan kesediaan untuk
melaksanakan semula GST sekiranya ia dikehendaki rakyat.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen
Langkawi berkata, sesebuah kerajaan perlu mengenakan cukai untuk mengumpul dana
yang diperlukan dalam pentadbiran negara. - Bernama


