Hati-hati dengan kewujudan ‘sasterawang', pemimpin yang
menutup mulut apabila selesa dengan wang ringgit, itu amaran yang dilontarkan
Sasterawan Negara Dr A Samad Said.
Beliau berkata sepanjang perjuangannya sejak zaman
reformasi, ada pemimpin politik yang tergelincir disebabkan wang.
Loading...
"Sebab menentang ini sedap tetapi apakah kita menentang
kita membetulkan atau tidak.
"Sebab kadang-kadang kita menentang kita dapat buah
manisnya, ini menjadikan kita hamis," katanya semasa berucap di Pertemuan
Karyawan Sarawak ke-9, anjuran Persatuan Karyawan Sastera Sarawak di Kuching
hari ini.
Samad, yang merupakan Sasterawan Negara ke-4, berkata
sebagai seorang seniman dan sasterawan, beliau berasa bertanggungjawab
membetulkan kekecohan di kalangan masyarakat.
loading...
"Saya tidak takut dengan kata, saya selalu berhujah
begitu sahaja dan terseliuh bila dilarang. Saya tak masuk medan untuk tunggu
siapa lawan saya tetapi yang penting hasil hujahan itu menguntungkan
masyarakat," katanya.
-Bernama


