Raja Permaisuri Aging menolak tanggapan sesetengah pihak
kononnya baginda mengamal sikap perkauman mahupun berpolitik susulan krtikan
terhadap tindakannya mengulang siar kenyataan yang menghina kaum Cina di
Twitter.
Walau memadam siaran itu, Tunku Azizah Aminah Maimunah
Iskandariah berkata tindakannya mengulang siar hantaran Twitter penyokong Umno
Tun Faisal Ismail Aziz kerana baginda tidak setuju dengan protes aktivis
Universiti Malaya (UM) Wong Yan Ke dalam majlis istiadat konvokesyen Isnin
lalu.
Loading...
"Saya bukan bersikap perkauman atau berpolitik. Dia
(Wong) tidak patut melakukan tindakan itu pada majlis konvokesyen...menunjukkan
sikap tidak hormat...agak tidak sesuai," catat baginda melalui akaun Che
Minah Sayang.
Tunku Azizah juga menyatakan pandangannya terhadap isu
seorang gaduan memprotes naib canselor UM kerana hadir Kongres Maruah Melayu
baru-baru ini.
loading...
"Kalau di sekolah, kurang ajar dengan cikgu, kena
denda...guru besar hantar surat kepada mak ayah kita kan?
"Kerana kita semua dididik untuk menghormati. Rukun
Negara yang kelima 'kesopanan dan kesusilaan'," catat baginda lagi.
Sebahagian warga maya kurang senang dengan tindakann baginda
mengulang siar hantaran berbuar perkauman yang dibuat Tun Faisal terhadap Wong
Yan Ke. - Projek MM


