Umno mencadangkan supaya Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad
membentuk "kerajaan perpaduan" dengan pembangkang, khususnya Umno
sekiranya ingin terus menguasai Putrajaya.
Loading...
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim,
berkata, ini susulan imej Pakatan Harapan (PH) yang telah ditolak rakyat
manakala rombakan kabinet pula tidak akan mampu mengubah sokongan rakyat yang
semakin merosot.
"Saya sokong kalau Tun (Dr Mahathir) mahukan sebuah
kerajaan yang kuat, pilih kalangan orang yang layak (termasuk pembangkang),
'kerajaan perpaduan'.
loading...
"Rakyat bukan benci menteri, tapi kerajaan, ini masa
untuk mengajak pembangkang bersama (dalam kabinet).
"Tun antara perdana menteri yang bagus, tapi
dikelilingi oleh menteri yang tak bagus.(Menteri) duduk tempelak kerajaan lama,
sedangkan kerajaan lama (BN) dulu dipimpin Tun paling lama," katanya
kepada Malaysiakini.


