Dr Mahathir hari ini menegaskan bahawa beliau akan memecat
seseorang anggota pentadbiran hanya jika sesuatu yang sangat serius berlaku.
Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan
desakan pihak lain yang menggesa supaya Tan Sri Tommy Thomas dipecat kerana
didakwa Peguam Negara itu dilihat kerap menyalahgunakan kuasanya dengan
mencampur tangan dalam beberapa kes mahkamah.
Loading...
“Saya bukan kerja pecat orang. Kadang-kadang orang membuat
kesilapan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat
Jawatankuasa Nasional Janji Kerajaan di Perdana Putra, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas desakan Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meminta perdana menteri
menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Tommy atas alasan campur tangan
dalam beberapa proses pendakwaan.
loading...
Ismail Sabri dilaporkan membuat gesaan itu pada sidang media
di lobi Parlimen hari ini berikutan tindakan Pejabat Peguam Negara menggugurkan
dua pertuduhan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P
Gunasekaran berkaitan kes Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Dalam pada itu, Dr Mahathir secara berseloroh berkata beliau
juga berhasrat untuk memecat sesetengah pemimpin pembangkang.
" Saya ingin memecat beberapa anggota pembangkang
kerana mereka membuat banyak kesilapan tetapi kita mempunyai kedaulatan
undang-undang dan kita mematuhinya, “ katanya.
- Bernama


