uarakan rakan sejawatnya dari India, S Jaishakar yang
meminta Malaysia supaya berbuat demikian.
Beliau menjelaskan, perkara itu dibangkitkan ketika
pertemuan yang berlangsung di sidang kemuncak Asean di Kemboja minggu lalu.
Loading...
"Beliau (S Jaishakar) menimbulkan perkara berkenaan
secara tertib meminta supaya kita menghantar surat jawapan rasmi.
“Sehubungan itu, kita dalam perbincangan bersama Peguam
Negara untuk memberikan jawapan yang paling tepat perlu disampaikan kepada
mereka,” katanya ketika sesi penggulungan di peringkat jawatankuasa bagi rang
undang-undang perbekalan 2020, di Dewan Rakyat, petang tadi.
Pada 17 Sep lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad
dilaporkan memaklumkan yang Perdana Menteri India, Narendra Modi tidak membuat
sebarang permohonan kepada Malaysia supaya menghantar pulang Zakir.
Perdana Menteri berkata isu berhubung penceramah kontroversi
itu adalah antara perkara yang dibincangkan dengan rakan sejawatnya semasa
perjumpaan di luar Forum Ekonomi Timur di Rusia awal bulan itu.
loading...
“Tidak banyak negara mahukannya. India tidak bertegas
(mengambilnya).
“Saya bertemu dengan Modi (dan) dia tidak beritahu saya yang
dia mahukan orang ini (Zakir),"katanya semasa ditemu ramah di stesen radio
BFM.
Dalam pada itu, Saifuddin memaklumkan kabinet mengarahkan
Kementerian Pendidikan supaya mengkaji semula keperluan untuk meneruskan
operasi Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP).
“Ini adalah idea kementerian berkenaan sebab itu kita tidak
teruskan pusat berkenaan.
"Tetapi sekarang kerajaan meminta supaya Kementerian
Pendidikan mengkaji semula dan jika ada kewajaran akan diteruskan,” katanya.
Pembinaan KSCIP di Putrajaya dirancang kerajaan BN sewaktu
Najib Razak menjadi perdana menteri.
Bagaimanapun cadangan pembinaan KSCIP itu dibatalkan selepas
Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Putrajaya.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu tahun lalu mengumumkan
kerajaan mengambil keputusan menghentikan operasi KSCIP yang diwujudkan bagi
membanteras golongan radikal dan ekstremis.
Pusat itu diilhamkan selepas kunjungan Raja Salman ke negara
ini pada Mac 2017 yang turut membabitkan Kementerian Pertahanan Malaysia dan
Arab Saudi yang dikenali sebagai Rabitah al-Alam al-Islami. - Malaysiakini


