Saham Media Prima Bhd terus merosot dalam sesi dagangan pagi
berikutan konglomerat media itu merancang untuk pusingan kedua pengurangan
pekerja.
Pada Jumaat, Media Prima Bhd memberi jaminan kepada semua
pekerja yang terlibat dengan proses penyusunan semula bahawa mereka akan
menerima pakej pampasan yang adil dan saksama.
Loading...
Dalam kenyataan, kumpulan itu berkata pakej pampasan itu
akan mengikut keperluan undang-undang dan kesatuan, dengan semuanya akan
dibayar sepenuhnya apabila memenuhi semua keperluan undang-undang.
Pusingan pertama rasionalisasi kakitangan pada November
tahun lepas apabila kumpulan itu memberikan 190 pekerja notis tiga bulan mengenai
hasratnya untuk memberhentikan mereka, selain menawarkan Skim Pemisahan Bersama
(MSS) kepada 43 yang lain.
loading...
Sehingga 10.30 pagi, saham merosot satu sen kepada 34.5 sen
dengan 361,100 saham diniagakan.
- Bernama


