Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang
menyiasat kesemua 16 perjanjian tukaran tanah yang mengakibatkan kerugian
bernilai RM515.21 juta kepada Kementerian Pertahanan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya membuat kenyataan
tersebut kepada media hari ini bagi memperbetulkan kenyataan Timbalan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin yang mengatakan hanya satu kertas
siasatan sahaja dibuka bagi isu tersebut.
Loading...
"Saya percaya timbalan menteri Hanipa bercakap tentang
banyak kes tukaran tanah. Tetapi kita di SPRM telah menerima 16 laporan. Tetapi
harus diingat bahawa senarai perjanjian tukaran tanah yang diberikan mereka
merupakan senarai panjang yang mengandungi kes sehingga ada yang sudah berusia
25 tahun.
"Jadi kami menghadapi sedikit kesukaran dan memerlukan
masa untuk mencari bukti yang sedang dikesan.
“Kita bercakap tentang tempoh 25 tahun yang melibatkan
menteri yang berbeza-beza dan begitu ramai penjawat awam yang telah bertukar
jawatan sepanjang tempoh tersebut.
loading...
"Ia tidak semudah seperti menghantar laporan audit
kerana sesetengah daripada perjanjian ini - perkataan tukaran itu sendiri tidak
salah- tetapi kami perlu tahu kenapa perjanjian ini dibuat dalam cara
sedemikian," kata Latheefa dalam satu majlis di Kuala Lumpur seperti
dilaporkan Malay Mail Online.
Hanipa semalam berkata SPRM membuka satu kertas siasatan
daripada 16 laporan berhubung tukaran tanah itu.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab Noor Amin Ahmad
(PH- Kangar) yang bertanyakan hasil siasatan SPRM dan polis terhadap 16 kes
tukaran tanah berkenaan, serta sama ada projek itu telah dibatalkan oleh
Kementerian Pertahanan ataupun tidak.
Perjanjian tersebut melibatkan 1,186 hektar tanah milik
Kementerian Pertahanan bernilai RM4.75 bilion, manakala kos projek adalah
RM4.88 bilion. - malaysiakini


