Keprihatinan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap rakyat tanpa mengira waktu dan
tempat sememangnya tidak boleh dinafikan.
Loading...
Terbaharu, Seri Paduka sekali lagi mencemar duli turun
daripada kenderaan rasmi baginda untuk memeriksa keadaan mangsa kemalangan
berhampiran plaza tol Lebuhraya Maju Expressway (MEX) di Kuala Lumpur, pagi
ini.
loading...
Berdasarkan perkongsian menerusi hantaran di Instagram
Istana Negara, baginda ketika itu sedang dalam perjalanan bagi menghadiri
majlis menerima menghadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi
Mesyuarat Pra-Kabinet di Putrajaya.
Selepas melakukan pemeriksaan dan bertanya khabar pemandu
yang terlibat dalam kemalangan itu, Seri Paduka meneruskan perjalanan ke Istana
Melawati, Putrajaya bagi menghadiri majlis tersebut.
Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah dilaporkan pernah dua kali
mencemar duli turun daripada kenderaan rasmi baginda bagi memeriksa keadaan
serta bertanya khabar pemandu yang terlibat dalam kemalangan pada hari yang
sama di sekitar Putrajaya, tahun lepas.
- Bernama


