Sikap ditunjukkan kerajaan terhadap isu Nur Sajat dibuat
selepas ahli perniagaan dan personaliti selalu menjemput kontroversi itu tidak
pernah menunjukkan bukti secara saintifik dia seorang khusna.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof, berkata
setakat ini status jantina Nur Sajat itu hanya dibuat melalui dakwaan saja dan
tanpa disokong sebarang bukti.
Loading...
"Oleh itu kami berpegang kepada fatwa dikeluarkan
muzakarah haji yang jelas menyebut, tanpa sebarang pembuktian (status jantina),
seseorang itu kekal dengan jantina asal.
"Segala hukum-hakam yang dikenakan ke atas mana-mana
jemaah haji dan umrah adalah sama seperti (orang) yang lain," katanya
dalam satu kenyataan melalui video hari ini.
loading...
Terdahulu ahli parlimen Parit Buntar itu mengadakan
pertemuan dengan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi
membincangkan langkah yang boleh diambil terhadap personaliti yang memiliki
nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruzzaman itu.
Mujahid juga berbincang dengan wakil agensi yang membawa
rombongan Nur Sajat ke Tanah Suci bagi mendapatkan maklumat sebenar bagaimana
penyanyi lagu Bobo Di Mana dan Makhluk Penggoda itu boleh diterbangkan untuk
mengerjakan umrah.
Pertemuan tersebut diadakan di Putrajaya hari ini.
Isu Nur Sajat menjadi perhatian ramai dan mengundang
kemarahan ramai orang Islam selepas dia memuat naik gambar mengerjakan umrah
dengan bertelekung.
Menurut Mujahid, dengan apa yang berlaku, jelas menunjukkan
Nur Sajat tidak menghormati fatwa yang ditetapkan pihak berkuasa agama.
Mengulas mengenai pertemuan dengan SKMM pula, Mujahid
berkata, ia dibuat bagi melakukan tindakan segera terhadap pelbagai video dan
gambar yang dimuat naik Nur Sajat.
“Tindakan segera akan diambil oleh SKMM,” katanya.
- Malaysiakini


