Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin hari ini mengumukan
bahawa parti itu telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan
(PH).
Loading...
Katanya, keputusan itu dibuat pada mesyuarat khas parti yang
diadakan semalam.
“Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti Bersatu juga dengan ini
keluar Pakatan Harapan. Semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk
terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad
sebagai Perdana Menteri Malaysia.
loading...
“Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan
politik semasa dan masa depan negara,” katanya dalam satu kenyataan yang
dimuatnaik di Facebook peribadinya.
Sumber: Malaysiakini
Sumber: Malaysiakini


