Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

'Saya akan kembali kalau disokong' - Tun Mahathir


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bersedia untuk kembali mengemudi pentadbiran negara jika menerima sokongan daripada ahli Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tetap akur jika tidak menerima sokongan tersebut sekaligus menyaksikan perubahan tampuk pimpinan kerajaan.

Loading...
“Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya.

“Jika benarlah saya masih disokong saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih,” katanya dalam satu perutusan khas yang disiarkan di RTM.

loading...
Terdahulu, Dr Mahathir memohon maaf dengan keputusannya melepaskan jawatan sebagai perdana menteri sehingga menjejaskan pelbagai pihak.

Namun, beliau memberitahu keputusan yang diambil adalah demi kepentingan negara dan rakyat selain cuba mengenepikan ‘mainan’ politik yang dicetuskan pihak tertentu.

“Sebagai manusia biasa saya tidak sunyi dari melaku kesilapan. Saya pohon maaf jika peletakan jawatan oleh saya adalah salah.

“Politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.

“Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang,” katanya lagi. - Projek MM
Loading...
loading...