Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Tariq Ismail menasihatkan pemimpin PKR supaya berhenti bercakap mengenai isu peralihan kuasa.
Ia susulan kenyataan angota Parlimen Selayang William Leong
yang mahukan "pelan B" diaktifkan bagi menekan Perdana Menteri Dr
Mahathir Mohamad supaya patuh terhadap perjanjian peralihan kuasa kepada Anwar
Ibrahim.
Loading...
"(Berhenti bercakap mengenai peralihan kuasa) ia
mewujudkan ketidakpastian mengenai siapa yang memegang kuasa.
"Seperti kanak-kanak, mereka mahu jaminan yang
berterusan dari seorang negarawan yang tua bila dia akan menyerahkan kuasa.
"Dia (Mahathir) telah memberitahu banyak kali ia akan
berlaku selepas APEC," kata Tariq kepada FMT.
loading...
Tariq turut mengingatkan PKR bahawa parti itu tidak lagi
mempunyai kuasa majoriti di Dewan Rakyat untuk memutuskan siapa yang patut
menjadi perdana menteri.
"Walaupun PKR telah memenangi kebanyakan kerusi, tetapi
mereka tidak mempunyai majoriti untuk memutuskan siapa yang patut menjadi
perdana menteri," katanya.
Beliau memetik Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, yang
menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kausa melantik seorang
perdana menteri daripada kalangan anggota Parlimen yang mempunyai sokongan
majoriti.
Dalam satu forum semalam, William memberi bayangan sesuatu
perlu dilakukan, termasuk tekanan daripada pandangan awam sekiranya pelan
peralihan kuasa antara Mahathir dan Presiden PKR itu tidak berlaku.
Bekas bendahari itu berkata sekarang adalah masa untuk
menggunakan "pelan B" bagi memastikan Anwar diangkat sebagai perdana
menteri kelapan.
"Ini masa untuk pelan B dikeluarkan, suara rakyat itu
penting, kita nakkan pandangan awam, ia adalah tekanan pandangan untuk kerajaan
kembali kepada landasan.
"Kita sudah turun ke jalan raya sebelum ini, bukan saya
mahu suruh mereka turun, tapi kita mahukan semangat," katanya pada majlis
kupasan politik semasa di Damansara, semalam.
Isu peralihan kuasa antara perdana menteri kepada Anwar
terus menjadi pertikaian, walaupun Mahathir telah berulang kali menyatakan
hasratnya untuk berundur daripada jawatan perdana menteri pada November ini,
selepas Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Kuala Lumpur.
Spekulasi terus bertiup apabila terdapat laporan mendakwa sesetengah
pihak dalam PH dan Umno mahu Mahathir - yang juga pengerusi Bersatu -
menamatkan penggalnya sehingga pembubaran parlimen akan datang.
Sesetengah pihak mendakwa terdapat anggota parlimen
pembangkang dan PH berpakat untuk menandatangani SD sokongan kepada Mahathir.
Pada masa sama PAS menggerakkan usaha membawa usul menyokong
Mahathir pada sidang Dewan Rakyat akan datang, dijadual berlangsung bulan
depan.
Sumber: Malaysiakini



