PAS mempertahankan usaha parti itu membentangkan undi
percaya kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di parlimen.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata usaha itu selari
dengan proses demokrasi dan ia turut diamalkan di negara lain, seperti Lubnan
beberapa hari lalu, lapor Harakahdaily.
Loading...
“Yang penting ialah kita mahu selamatkan negara. Bukan
sahaja orang Melayu orang Islam, termasuk kaum lain.
“Adalah lebih baik kita memberi undi kepercayaan kepada
perdana menteri, Tun Mahathir yang sudah ada pengalaman memerintah paling lama.
loading...
“Bukan tak ada masalah (bawah teraju Tun), ada masalah, tapi
(Tun) dapat mengatasi masalah, yang kita yakin.
“Kita minta supaya (Dr Mahathir) diberi kepercayaan menjadi
perdana menteri sehingga habis penggal. Itu cadangan PAS.
“Dan kita ingin memberi cadangan yang paling munasabah,”
katanya selepas kuliah Dhuha di Masjid Rusila, Marang.
Hadi bagaimanapun berkata terdapat pihak yang menjadi
“penakut” ketika berdepan usul itu.
“Dan kita (PAS) tak takut, tapi ada orang yang ‘penakut’.
Takut apa? Bukan saya nak kipas, saya nak selamatkan rakyat. Lebih kepada
melibatkan rakyat, tumpuan.
“Tak ada tanda tanya siapa nak ambil alih, siapa perdana
menteri itu, tak ada tanda tanya.
“(Kalau) Jatuh…. pilih pengganti dia (perdana menteri) siapa
dia? Sebab dia (Mahathir) kenal semua. Dia kenal, sebab dia paling lama yang
ada ini,” kata Hadi seperti dilaporkan media rasmi PAS.
Katanya, usaha itu membolehkan pendirian sama ada percaya
atau tidak kepada kepimpinan Mahathir terserlah.
“Kalau ada yang tak bersetuju, kita tahu siapa yang tak
bersetuju. Biar sajalah.
“Pandangan saya, kalau Pakatan Harapan (PH) itu dalam satu
parti, dalam satu parti pun tak bersatu, termasuk DAP juga berpecah, saya tahu.
DAP berpecah, Amanah juga tidak sepakat.
“Daripada kita politiking dalam satu parti, sama-sama PH
ataupun dalam satu gabungan PH, lebih baik kita selesaikan masalah memberi
kepercayaan kepada perdana menteri mengendalikan negara untuk tutup pintu
krisis sesama sendiri,” katanya lagi. - Malaysiakini


