Pengumuman barisan jemaah menteri yang baru oleh Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada semalam menerima reaksi pelbagai
daripada rakyat Malaysia.
Loading...
Beliau yang berehat panjang selepas tidak menganggotai
kabinet perdana menteri ketujuh sebelum ini bagaimanapun ‘dilihat’ bersedia
untuk kembali berkhidmat kepada rakyat Malaysia selepas hampir dua tahun.
Perkara itu dapat dilihat melalui satu perkongsian yang
dibuat di Insta story miliknya awal pagi ini apabila dia memuat naik dua keping
gambar yang menunjukkan perubahan gaya rambutnya.
loading...
KJ yang sebelum ini sinonim dengan gaya rambut panjangnya
sejak pasca Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu dilihat memotong rambutnya
selepas diumumkan sebagai salah seorang menteri kabinet pada semalam.
Dalam perkongsian kedua, KJ memuat naik selfie-nya bersama gaya
rambut baharu yang lebih pendek dan kemas berbanding sebelum ini.
Walaupun tidak meletakkan sebarang kapsyen bersama kiriman
tersebut, namun kita sudah pastinya dapat membayangkan potongan rambut itu
dilakukan bersempena kembalinya beliau sebagai salah seorang menteri yang baru
diumumkan pada semalam.



