Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

6 Tips Perniagaan Internet Dari Amsterdam!


Pada minggu lepas, saya ke Amsterdam untuk menghadiri persidangan Internet dan Media Sosial terbesar di Eropah.Zaman kini berubah, dan perniagaan kini banyak beralih ke Internet untuk mengaut pasaran yang lebih besar dan lebih murah.

Kitaran teknik, dan strategi pantas berubah di Internet dan sekiranya tidak diikuti, perniagaan akan ketinggalan ke belakang. Berikut adalah 6 tips trend perniagaan Internet dan media sosial yang perlu usahawan memberi fokus…
  1. Pemasaran video menjadi semakin penting. Kini, di Facebook sahaja 4 bilion video ditonton dalam masa sehari! Pemasaran video yang betul akan memberi keyakinan dan kredibiliti kepada perniagaan. Perniagaan yang tidak menggunakannya akan ketinggalan!
  2. Pemasaran mobile jangan dilupakan. Kini, lebih ramai pengguna Internet melayari Internet menggunakan mobile. Secara purata, lebih 70% yang sedang membaca tulisan saya ini menggunakan telefon pintar atau tablet. Betul tak? Oleh itu, usahawan perlu mengambil berat pemasaran mobile kini.
  3. Teknik pemasaran yang lebih inovasi perlu dilakukan. Sehari kita terdedah kepada lebih 3,000 iklan. Pesaing pula semakin ramai. Bagi perniagaan yang telah lama di pasaran, mungkin kini melihat keuntungan berkurangan oleh kerana pesaing yang semakin ramai. Jawapannya, teknik promosi yang lebih inovatif perlu dilakukan supaya orang ramai akan perasan iklan kita dikalangan 3,000 iklan setiap hari!
  4. Idea perniagaan yang lebih inovatif. Bukan sahaja pemasaran yang inovatif, tetapi idea perniagaan juga perlu inovatif untuk memenuhi pelbagai permintaan. Memulakan perniagaan yang sama sahaja seperti orang lain, hanya menambahkan pesaingan. Cari kelainan dengan menjadi lebih berani dan inovatif.
  5. Pentingkan jenama perniagaan. Terutamanya di Malaysia, penjenamaan bukanlah topik yang popular. Oleh sebab itu, banyak perniagaan yang tidak mementingkan jenama akan tenggelam dek pesaingan yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Apa yang pelanggan akan ingat? Mereka akan ingat perniagaan yang mempunyai jenama.
  6. Berniaga dengan lebih bijak. Terdapat pelbagai perisisan/apps yang membolehkan automasi perniagaan. Masa kini semakin terhad dan usahawan semakin sibuk. Dengan mengetahui perisian dan apps yang boleh membantu usahawan menjimatkan berjam-jam masa setiap hari dengan melakukan automasi perniagaan, mereka yang bekerja bijak akan sentiasa dihadapan pesaing yang melakukan kerja-kerja berniaga secara manual yang membazir masa.
 sumber: irfankhairi.com
Loading...
loading...