Najib Razak ketika di parlimen tidak dapat menjawab semua soalan
isu berkenaan bayaran balik GST oleh Guan Eng secara rasmi, tetapi mengambil
jalan mudah menjawabnya di laman Facebook sahaja. – Foto Bernama
Kerajaan terpaksa bergantung kepada sumbangan dividen khas
Petronas untuk bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang
tertunggak, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.
Loading...
Beliau berkata tunggakan berjumlah RM19.4 bilion gagal
dibayar kepada 121,429 syarikat dan individu kerana baki Tabung Bayaran Balik
GST hanya ada RM148.6 juta.
“Akaun Hasil Disatukan hanya mempunyai RM450 juta pada 30
April 2018. Jumlah ini tidak mencukupi untuk dipindahkan kepada Tabung Amanah
GST untuk membiayai bayaran balik GST yang tertunggak.
“Oleh yang demikian, Kerajaan terpaksa bergantung kepada
sumbangan dividen khas Petronas untuk membuat bayaran balik GST yang tertunggak
sebanyak RM19.4 bilion pada tahun 2019,” katanya dipetik Astro Awani.
Di bawah Seksyen 54 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan
(2014), semua bayaran GST yang dikutip mesti dibayar terus kepada Tabung
Bayaran Balik GST untuk membolehkan bayaran balik dibuat.
Namun Guan Eng mendakwa perkara itu tidak dilakukan,
sebaliknya ia dibayar terus kepada Akaun Hasil Disatukan, yang menyalahi
undang-undang.
Beliau turut menyelar kenyataan Bekas Menteri Kewangan Datuk
Seri Najib Tun Razak yang merujuk kepada Laporan Ketua Audit berhubung
kedudukan bayaran balik GST sehingga 5 Jun 2018.
“Perlu ditegaskan bahawa saya hanya bongkarkan skandal
RM19.4 bilion yang tidak dibayar balik dalam 2 minggu di dalam Majlis Dewan
Rakyat pada 9 Ogos 2018, dan bukan pada 5 Jun 2018,” katanya.
Justeru beliau berkata lebih 120 ribu syarikat dan individu
ini menjadi saksi atas kegagalan bayaran balik GST itu sekaligus menafikan
dakwaan sesetengah pihak.
Untuk rekod, Najib ketika di parlimen cuba memberi alasan
wang tidak cukup akibat tuntutan tinggi peniaga susulan pemansuhan GST dan
pengenalan SST oleh kerajaan PH.
Guan Eng menjawab bahawa isu tuntutan dan wang bayaran balik
GST itu berlaku sebelum PH berjaya menjadi kerajaan menggantikan BN yang
diterajui Najib sendiri.


