Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Bekas ADUN Ayer Hangat pula umum keluar UMNO


ALOR SETAR — Bekas exco kerajaan Kedah Datuk Mohd Rawi Abd Hamid bersama tujuh ketua cawangan hari ini mengumumkan keluar Umno.

Timbalan ketua Umno Langkawi berkata keputusan itu dibuat kerana mereka tidak boleh lagi bersama kapal yang “usang” dan “reput”, lapor Berita Harian.
Loading...

Menganalogikan Umno sebagai kapal itu, bekas wakil rakyat Ayer Hangat berkata perjalanan menjaga amanah “bungkusan” menjadi sukar jika tidak “berpindah”.

“Apabila sebuah kapal baru menawarkan ruang kosong untuk saya...saya perlu membuat pilihan yang bijak demi amanah yang diberikan.. itulah sebab saya keluar Umno hari ini,” katanya.

Ditanya sama ada akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Mohd Rawi berkata pihaknya belum membuat sebarang keputusan kerana mahu memikirkan parti mana dalam Pakatan Harapan yang selari dengan perjuangan Melayu dan Islam.

“Parti yang akan saya pilih adalah parti yang berjuang untuk agama, bangsa dan negara serta mempunyai hala tuju yang jelas,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas bahawa UMNO Langkawi mempunyai 17,000 ahli, Mohd Rawi berkata, ia hanya nombor bukannya realiti dalam bentuk ahli kerana selama ini, belum pernah ada pemutihan dibuat ke atas ahli.

“Biarpun pimpinan UMNO Kedah kata apa yang berlaku (lompat parti) adalah proses pemutihan... adakah ia benar-benar sebegitu... jika benar UMNO Langkawi masih kekal ahli seramai itu, ke mana perginya mereka ini pada Pilihan Raya Umum lalu yang jelas menunjukkan UMNO hilang lebih 50 peratus undi ahli di Langkawi hingga tewas semua kerusi,” katanya.
Loading...
loading...