Foto Kosmo Online
PUTRAJAYA - Tindakan ingin menyertai Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (Bersatu) bukanlah sesuatu yang mudah buat bekas aahli UMNO
terutamanya ahli Parlimen dan pemimpinnya, kerana permohonan mereka akan
diteliti dan tingkah laku mereka diperhatikan untuk memastikan sama ada mereka
layak menyertai parti itu.
Loading...
Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, parti
itu hanya mengalu-alukan mereka yang bebas daripada sebarang salah laku atau
mereka yang bukan penyokong kuat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak.
"Kami hanya menerima pemimpin yang tidak terlibat dan
menunjukkan sokongan yang kuat kepada Najib. Ada antara mereka yang mengutuk
Pakatan Harapan (PH) dan memanggil saya gelaran yang tidak elok dan semua itu.
"Mereka ini kami tidak terima. Bukan hanya terus masuk
Bersatu. Mereka akan diteliti untuk melihat sama ada mereka layak atau
tidak," katanya dalam temu bual dengan organisasi media terpilih di pejabatnya
di sini.
UMNO mengalami krisis apabila beberapa pemimpin termasuk
wakil rakyatnya, mengumumkan keluar parti untuk menjadi ahli bebas, manakala
ada antara mereka yang bakal menyertai parti komponen PH. - Bernama


