Demikian jelas Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir
Mohamad berkenaan tindakan Nurul Izzah Anwar yang meletakkan jawatan sebagai
Naib Presiden PKR.
Loading...
Ujarnya, beliau tidak mengetahui kemelut yang sedang melanda
dalam PKR buat masa ini.
Dr Mahathir berkata demikian di 'Dialog Pemain Industri
Teknologi Tinggi Bersama Perdana Menteri' yang berlangsung di sini, hari ini.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali ketika ditemui mengatakan beliau baharu sahaja dimaklumkan berkenaan
tindakan Nurul Izzah.
“Saya baharu mendapat berita berkenaan isu ini dan saya akan
berjumpa dan bertanya dengan dia apa yang berlaku. Itu sahaja komen saya,"
kata Mohamed Azmin ketika ditemui di majlis yang sama, di sini hari ini.
Terdahulu, Nurul Izzah dalam satu kenyataan mengumumkan
peletakan jawatan beliau sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau
Pinang, berkuat kuasa hari ini.
Namun, beliau masih akan meneruskan khidmat sebagai Ahli
Parlimen Permatang Pauh, kata kenyataan itu lagi. - Astro Awani


