Tun Dr Mahathir Mohamad mahu "pegang janji"
walaupun beliau dicadangkan untuk kekal sebagai perdana menteri sehingga
pilihan raya umum (PRU) ke-15.
"Macam-macam orang ada pendapat, mereka ada pendapat
masing-masing. Itu pendapat mereka tapi kena pegang kepada janji,” kata
pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Loading...
Beliau tidak pasti reaksi terhadap cadangan perwakilan
Kelantan Zulkifli Zakaria yang dibuat ketika perbahasan ucapan presiden parti
walau "ramai berdiri", lapor Malaysiakini hari ini.
Portal berkenaan juga menyebut Dr Mahathir dijangka mengulas
cadangan berkenaan ketika ucapan penggulungan perhimpunan kali kedua petang
ini.
Cadangan supaya Mahathir kekal sebagai perdana menteri
sehingga penggal berikutnya pernah dibangkitkan PPBM Setiawangsa pada 31 Okober
lalu.
Pada 3 Nov lalu, beliau mengulangi janji untuk menyerahkan
jawatan itu kepada presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dua tahun
pentadbiran.
Sebelum ini, Pakatan Harapan setuju melantik Mahathir
sebagai perdana menteri walau PKR, bukan PPBM, memenangi kerusi terbanyak dalam
PRU14. - ProjekMM

