Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Isa Samad tiba di mahkamah untuk didakwa

Beliau yang memakai baju batik tiba di mahkamah pada pukul 8.30 pagi yang kemudian diiringi sepasukan pegawai SPRM. - Foto oleh Kosmo!

Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad tiba di  Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Loading...
Beliau yang memakai baju batik tiba di mahkamah pada pukul 8.30 pagi yang kemudian diiringi sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor Kosmo Onlne hari ini.

Difahamkan Mohd. Isa akan didakwa berkaitan kes pembelian hotel oleh FIC di Kuching, Sarawak.

Semalam Mohd. Isa berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM Putrajaya dan menurut peguamnya Datuk K. Kumaraendran, kehadirannya adalah bagi menandatangani surat aku janji bahawa beliau akan hadir di mahkamah.

Pada 30 Ogos lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Azam Baki dilaporkan sebagai berkata pihak pendakwa raya dalam pertimbangan untuk membuat pertuduhan terhadap Mohd. Isa membabitkan kes pembelian hotel oleh FIC.
Loading...
loading...