Sesi dialog dengan Abdul Hadi Awang di London semalam,
bertukar panas apabila seorang hadirin menggelar presiden PAS itu sebagai
"rasis" kerana menentang pilihan raya kerajaan tempatan.
Hadi yang menjawab dengan tenang soalan lelaki itu berkata,
PAS menolak cadangan DAP dan PKR untuk mengadakan pilihan raya kerajaan
tempatan kerana ia akan menyebabkan kawasan bandar dikuasai satu-satu kaum
sahaja.
Loading...
"Bila penduduk tertentu kuasai bandar, sudah tentulah
bandar-bandar besar, seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang, Seremban, Johor
Bahru semua dikuasai kaum Cina DAP.
"Mereka boleh buat apa sahaja, mereka boleh benarkan
arak, benarkan judi," kata Hadi.
Memetik laporan portal Malaysiakini lagi, Lelaki itu kemudian menyampuk dengan mengatakan perniagaan
yang dijalankan kaum Cina menyumbang pendapatan dan cukai kepada kerajaan.
"Kita boleh benar, oleh sebab itu (pilihan raya PBT)
mesti melibatkan pemandu teksi, melibatkan semua pihak yang menghidupkan
bandar.
"Kalau satu kaum saja yang menguasai akan timbul 13 Mei
balik, kita mengalami peristiwa berdarah 13 Mei," kata Hadi.


