Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Anak menteri ditahan positif ganja


Seorang anak kepada seorang menteri ditahan polis selepas disyaki positif dadah jenis ganja ketika berada di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang malam tadi.
Loading...

Suspek berusia 31 tahun itu ditahan dalam Op Pusat Hiburan yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 12.30 malam.

Menurut sumber, suspek merupakan 101 individu iaitu 55 wanita dan 46 lelaki yang diperiksa dalam operasi itu, lapor Utusan Online lagi.

Ujarnya, ketika itu, suspek dikatakan bersama seorang lagi rakannya berusia 33 tahun turut ditahan kerana positif dadah.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya di sini hari ini.
Loading...
loading...