Foto ihsan Intagram/Safiey Ilias94
Mufti Wilayah Persekutuan mengajak penyanyi Safiey Ilias ke
pejabatnya untuk ‘”mengeteh’ dan “berkongsi rasa hati”.
“Mungkin boleh sama-sama kita duduk mengeteh dan berbincang
secara santai untuk kebaikan kita semua,” kata Datuk Seri Zulkifli Mohamad
Al-Bakri.
Loading...
Beliau dilihat cuba memahami keputusan usahawan Aurora kekal
dengan “imej baru” termasuk tekanan yang dialami Safiuddin Illias, nama asal
Safiey.
“Semasa saudara mengumumkan untuk ‘berubah’, saya antara
individu yang amat gembira dengan keputusan tersebut,” katanya di blognya
semalam.
Zulkifli yang yakin Safiey “betul-betul berusaha” merujuk
tindakan usahawan tersebut yang pernah kembali berubah menjadi lelaki semula
pada 2016.
Baru-baru ini, penyanyi “Cinta Gila” berusia 24 tahun
dikecam ramai kerana berikutan memuat naik fotonya berbikini di sebuah kapal
sekitar Langkawi. - Projek MM


