KUALA LUMPUR, 23 Jan — Anak kepada kakitangan pengurusan
tertinggi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), petang semalam bagi menyerahkan dokumen berhubung
siasatan kes tersebut.
Loading...
Tanpa mendedahkan butiran lanjut, sumber SPRM ketika
dihubungi berkata lelaki berusia lingkungan 20-an itu diminta hadir untuk
menyerahkan dokumen berkaitan kerana disyaki terlibat rasuah bagi projek SSM
yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.
Pada 9 Jan lepas, SPRM merampas 69 kotak berisi dokumen
perjanjian dipercayai membabitkan dakwaan skandal projek SSM yang dianggarkan
bernilai jutaan ringgit di ibu pejabat SSM. — Bernama


