Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Dr M akan penuhi janji Anwar jadi PM, kata Menteri


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan memegang kata-katanya mengenai persetujuan peralihan kuasa kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam masa dua tahun selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU14, kata seorang menteri kabinet.

Loading...
Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata kabinet akan membincangkan usul perwakilan pada perhimpunan agung Bersatu baru-baru ini supaya Dr Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum ke-15.

“Itu kabinet kita akan bincang. Seperti mana Tun (Dr Mahathir Mohamad) katakan, dia dah ada satu persefahaman dengan Datuk Seri (Anwar Ibrahim). Tun akan memenuhi janji-janji yang dibuat dan saya sebahagian daripada pimpinan Pakatan yang menyaksikan pemeteraian perjanjian itu.

“Saya yakin Tun akan lakukan seperti mana dia sebutkan. Tak ada masalah. Sampai waktunya kita akan lihat," kata Dzulkefly kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mengadakan kunjungan ke Bandar Seri Permaisuri, di Cheras, hari ini.

Memetik laporan Malaysiakini, Mahathir berulang kali menegaskan beliau akan berpegang kepada kata-katanya menyerahkan kuasa kepada Anwr dalam masa dua tahun, para pengkritik terus menyatakan keraguan mengenai hal itu.

Dzulkefly yang juga pemimpin Amanah berkata perwakilan Bersatu berhak menyatakan pendapatnya, manakala terdapat badan pembuatan keputusan di dalam PH yang juga perlu dihormati.
Loading...
loading...