Ini bermakna angka RM3.178 bilion seperti yang dinyatakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebagai hutang kerajaan negeri semalam tidak tepat.
Loading...
"Ada tiga perkara jangan lupa, semasa banjir di Pahang pada 2014, kita telah membelanjakan RM40 juta yang mana Kerajaan Persekutuan minta kita (kerajaan negeri) dahulukan, sehingga sekarang duit itu belum dapat lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu mesyuarat bersama jentera Barisan Nasional di Sungai Koyan, di sini hari ini.
Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri juga terpaksa membelanjakan RM200 juta bagi penganjuran Sukan Malaysia Pahang pada 2012 yang mana jumlah itu juga belum dibayar oleh kerajaan persekutuan.
Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga terpaksa membelanjakan RM2.2 bilion bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan air.
"Pembaikan air itu kita tidak ada pilihan tetapi terpaksa kita perbaiki. Bila berlaku penstrukturan bekalan air seluruh negara nanti, ia akan terlupus dan tidak lagi menjadi hutang.
"Saya harap Guan Eng jangan cuba kelirukan rakyat. Dia kena cerita fakta sebenarnya," katanya. - Bernama


