Youth and Sports Minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman with
Olympic Council of Malaysia secretary general Mohd Nazifuddin Najib during a
Hari Raya Aidilfitri celebration in Kuala Lumpur July 7, 2018. — Picture by
Firdaus Latif
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegur Majlis Olimpik
Malaysia selepas setiausaha agungnya berkata hubungan negara dengan badan sukan
dunia akan terjejas kerana melarang atlet Israel memasuki Malaysia.
Menteri belia dan sukan berkata MOM seharunys menyokong
pendirian kerajaan semasa.
Loading...
“Saya sudah maklumkan kepada pimpinan Majlis Olimpik
Malaysia berkenaan pendirian kerajaan dan prasyarat yang kami letakkan supaya
insiden seperti ini tidak akan berulang lagi,” katanya di Twitter.
Syed Saddiq menjawab kenyataan oleh Datuk Mohd Nazifuddin Najib
seperti dilapor portal FMT pada 18 Januari lepas.
Nazifuddin berkata larangan ke atas Israel boleh menyebabkan
kejohanan antarabangsa diberi kepada negara lain, dan hubungan dengan
badan-badan dunia seperti Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) “akan ada
impak negatif”.
Beliau menambah IOC bimbang dengan keputusan Malaysia tidak
menganjurkan acara melibatkan Israel kerana ia bercanggah dengan semangat
Olimpik, di mana sukan tidak seharusnya dikaitkan dengan politik.
Semalam, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC)
melucutkan hak Malaysia menganjurkan Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang
sepatutnya diadakan di Kuching, Sarawak dari 29 Julai-4 Ogos ini susulan
larangan tersebut.
Putrajaya mempertahankan keputusannya, mengatakan ia atas
dasar kemanusiaan dan belas kasihan terhadap nasib rakyat Palestin.
“Kami tidak akan berkompromi,” kata Syed Saddiq.
Malaysia bertegas menentang kerajaan Israel lebih penting
daripada menganjurkan acara sukan antarabangsa.
“Jika penganjuran acara sukan antarabangsa lebih penting
daripada menyokong saudara kami di Palestin yang dibunuh, dicacatkan dan
diseksa rejim Netanyahu, itu bermakna Malaysia sudah hilang pedomannya.” - FMT

