Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Malaysia cepat membangun kerana aman dan stabil, kata Dr Mahathir


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkongsi pengalaman dan kejayaan transformasi ekonomi Malaysia dari sebuah negara pertanian dengan pemimpin Afrika pada Persidangan Antarabangsa Kemunculan Afrika Ketiga (ICEA-III).

Beliau berkata, Malaysia bertuah kerana mencapai kemerdekaan secara rundingan, bukannya pertumpahan darah.
Loading...

Berasaskan daripada hakikat itu, katanya, pemimpin Malaysia memulakan pembangunan negara dengan meneruskan pentadbiran dan memperkenalkan dasar memenangi hati dan minda rakyat.

“Oleh sebab itu Malaysia terus aman dan stabil sekali gus membolehkan negara dibangunkan dengan lebih cepat dan terus membangun,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, Perdana Menteri berkata, walaupun ketika itu Malaysia tidak mempunyai kepakaran dan teknologi untuk membangunkan negara, ia tidak menjadi masalah kerana kerajaan mempelawa pelabur asing untuk menanam modal.

Dr Mahathir berkata menerusi Pelaburan Langsung Asing (FDI), pelbagai teknologi dan kepakaran dibawa masuk ke Malaysia untuk pembangunan dan industrilisasi negara malah beliau percaya negara Afrika juga mampu muncul sebagai negara membangun walaupun tiada kepakaran dan teknologi.

“Tiada masalah jika tiada kepakaran teknikal kerana boleh bawa masuk pelabur asing. Ini akan menguntungkan negara,” katanya.

Menyentuh mengenai prinsip demokrasi yang dipegang oleh sesebuah negara,  beliau berkata lagi sesebuah kerajaan perlu menghormati undi rakyat apabila mengadakan pilihan raya.

Jika kerajaan sedia ada tidak lagi mendapat mandat, mereka perlu menyerahkan kuasa kepada pihak yang mendapat kepercayaan rakyat supaya kerajaan baharu dapat mentadbir dengan lancar.

Katanya, proses ini akan menjadikan negara stabil dan melaksanakan usaha untuk memajukan ekonomi.

Ahli panel lain termasuk Presiden Senegal, Macky Sall; Presiden Mali, Ibrahim Boubacar Keita; Perdana Menteri Ivory Coast, Amadou Gon Coulibaly.
Loading...
loading...